Sunday, 5 May 2013

blog sendiri berhabuk

assalamualaikum.....



Lapuk nak mati blog ni. maklum la sibuk dengan aktiviti kehidupan seharian. sibuk ke aku?? konpius disitu. Acah- acah macam sibuk je aku ni.  tengah cuti ni manfaatkan la masa yang ada ni dengan buat entry untuk blog sendiri yang da tak rupa macam blog. Mati la mak nakkkk. Okay, sebenarnya takde cerita pon saya nak kongsi. Ape serabut sangat la aku ni. Haish.


Baiklah, nak bestkan entry ni, saya akan cuba untuk cerita aktiviti saya kat rumah sepanjang cuti semester ni. Uollss nak tahu saya buat ape sepanjang cuti ni. Guess what?? saya kerja okay! ! KERJA ! !
kerja tidur, makan dan lain-lain. Kerja jugakan?? anggap la benda tu satu pekerjaan. Teringin nak kerja tapi parents tak bagi. Alasan mereka taknak bagi saya kerja tersangatlah kukuh. Nak tahu ape alasan dieorang "Jangan mengada-ngada nak kerja, belajar dulu nanti kalau da kerja kau da tak ingat nak belajar". Baiklah Ummi dan ayah.  Ok foooiiinnneeee!!  Cuti sem da la lame, 2 bulan habis macam tu je. Duduk rumah takde income kot. Buat tetibe dieorang ajak pergi holiday aku lak yang ternganga sebab takde duit nak beli barang. Takkan la nak guna duit dieorang pulak kannnnn. Nanti bising yoooo.


Nak pergi jenjalan pon tak tahu nak keluar dengan siapa. Sedih betul hidup aku ni. Ni baru betul orang cakap duduk dalam kotak. Tak gerak mana-mana. Kalau keluar pon keluar kat depan pintu pagar tu je sebab nak sapu. Wahhh, rajin kau, aku sapu. Haruslahhhh rajin. Nak tahu kenapa saya buat semua tu.... Inilah sebabnya, saya akan menjadi bibik sepenuh masa setiap kali semester break. Bibik SEPENUH MASA OKAY!! Kau hadoooo?? bibik tanpa gaji. Macam mane tu. Setiap hari rutin same je. Bangun dan buat kerja rumah. Setiap hari sama okay dan sangat la tak bole blaaaa. Bila la nak berubah semua ni. Ehhh, tetiba pulak aku ni.


Sekarang ni saya sangat la kecut sebab result untuk student UITM akan keluar on this May 9. oooohhhhh maaaiiiiii guuuucccciiiiiii !! ! Cuak tu jangan tanya laaa tu benda pertama bila tahu result nak keluar. Tak tertelan air liur kalau tahu result nak keluar. Pulak kawan-kawan da tahu result subject Macroeconomic dieorang. Lagi buat saya stress yang amat. Gila tak stress, tengok dieorg tweet "ALHAMDULILLAH, LEPAS UNTUK SUBJECT ECO TAPI PAKLAH CAKAP 2 ORANG TAK LEPAS". Mahu tak jatuh jantung ni jahhhhh. 2 orang tu. Risau kotttt. Zati suruh saya pergi tanya paklah. Hello makcik, memang taklah aku nak pergi tanya. Orang kata biarlah tahu semuanya tu sekali gus terus. Padahal aku takut sebenarnya. Okay. Cuba untuk tenangkan diri. Fuhhhh. InsyaAllah,result saya  akan menjadi result yang terbaik dengan berkat usaha dan doa. Bukan riak, menunjuk atau ape pun. Cuma saya da buat sehabis baik. InsyaAllah :). Baiklah, saya taktahu nak cakap ape lagi so bye laaaa. zaijian ! ! !






No comments:

Post a Comment